EXCO Infrastruktur dan Pertanian Ir Izham Hashim bersalaman bersama penduduk pada majlis Perasmian Dewan MPAJ Perwira Jaya di Kampung Perwira Jaya, Ampang Jaya pada 11 Februari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

AMANAH Selangor tampil enam muka baharu, Izham kekal kerusi Pandan Indah

SHAH ALAM, 22 JULAI: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor Ir Izham Hashim kekal mempertahan kerusi Pandan Indah pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Pengumuman dibuat Presiden Mohamad Sabu hari ini turut mengekalkan penyandang kerusi Morib, Hasnul Baharuddin serta Sungai Ramal, Mazwan Johar.

Berikut merupakan senarai calon Amanah di Selangor:

Pandan Indah – Ir Izham Hashim (penyandang)
Sabak – Samad Hashim (muka baharu)
Hulu Bernam – Amran Mohd Syakir (muka baharu)
Taman Templer – Anfaal Saari (muka baharu)
Batu Tiga – Danial Al-Rashid Haron (muka baharu)
Sungai Ramal – Mazwan Johar (penyandang)
Seri Serdang – Abbas Azmi (muka baharu)
Meru – Siti Mariam Abdul Rashid (muka baharu)
Morib – Hasnul Baharuddin (penyandang)

Hari penamaan calon PRN Selangor dan lima negeri lain, ditetapkan pada 29 Julai ini. Hari mengundi pula pada 12 Ogos.

PRN ini melibatkan 56 DUN di Selangor, Pulau Pinang (40), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Kelantan (45) dan Terengganu (32).

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon parti dalam PRN di enam negeri.

Barisan Nasional (BN) pula pada 21 Julai lalu mengumumkan akan bertanding di 108 kerusi DUN seluruh negara.


Pengarang :