Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin (dua, kanan) hadir merasmikan program Santai Kaamatan Selangor 2023 di Padang Sri Muda, Taman Sri Muda, Shah Alam pada 16 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor wujud 89,000 peluang kerja termasuk kepada rakyat Sabah, Sarawak

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

SHAH ALAM, 16 JULAI: Selangor berjaya mewujud 89,000 peluang pekerjaan baharu sejak lima tahun lalu yang memanfaatkan bukan hanya penduduk tempatan malah penghijrah dari Sabah dan Sarawak.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari juga memberi jaminan pihaknya sentiasa berusaha memastikan tiada rakyat tersisih termasuk mereka yang berasal dari negeri lain yang bekerja di Selangor.

“Kejayaan Selangor sebagai penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu 25.5 peratus adalah datang daripada hasil kerja orang di Selangor termasuk Sabah dan Sarawak yang bekerja di sini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari  berucap pada program Santai Kaamatan Selangor 2023 di Padang Sri Muda, Taman Sri Muda, Shah Alam pada 16 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

“Kita perlu melihat secara keseluruhan bagaimana negeri ini berjalan di mana sejak dahulu lagi Selangor menjadi tumpuan ramai, dan ini menjadi sumber kekuatan kita dengan semangat perpaduan yang erat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Santai Kaamatan Selangor 2023 di Taman Sri Muda di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Amirudin menambah, Kerajaan Negeri juga sedia memenuhi beberapa permohonan rakyat Sabah dalam menyediakan kemudahan bagi majlis atau acara tertentu sekiranya masih memegang tampuk pemerintahan selepas pilihan raya negeri (PRN) nanti.

“Insya-Allah… kita boleh lakukan dan saya yakin sebulan lepas PRN, kita akan luluskan segera pemohonan-permohonan penempatan atau kawasan yang boleh digunakan bersama komuniti lain,” katanya.


Pengarang :