Orang ramai membeli barangan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) Parlimen Subang Jaya di IPD Subang Jaya pada 16 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Selayang Baru, Taman Meru Indah antara lokasi jualan murah esok

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 23 JULAI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke sembilan lagi lokasi esok mulai 10 pagi.

Menurut Facebook PKPS, jualan diadakan di Pasar Malam Taman Bukit Kuchai (Parlimen Subang), Gelanggang Futsal Kampung Melayu Futsal Ampang @ PKNS (Parlimen Ampang) dan Kedai Batu Felda Soeharto (Parlimen Hulu Selangor).

Selain itu, Padang Taman Desiran, Kuala Selangor (Parlimen Kuala Selangor), Surau Mentari, Bandar Mahkota (Kuala Langat) dan Selayang Baru (Parlimen Gombak).

Jualan Ehsan Rahmah (JER) turut diadakan di Jalan Seri Putra 4, Bandar Saujana Putra (Parlimen Hulu Langat), Padang Rukun Tetangga Taman Meru Indah (Parlimen Kapar) dan Jalan Indah 20, Taman Cheras Indah (Parlimen Pandan).

Jualan itu yang dijenamakan semula daripada Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan hingga Disember ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

Produk dijual termasuk ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :