Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan program kucing angkat di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam pada 10 September ini. Foto Facebook Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA
PBTSELANGOR

MBSA anjur program kucing angkat di masjid negeri, pilih bawa pulang

Oleh Fitri Hazim Hazam

SHAH ALAM, 7 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan program kucing angkat di perkarangan masjid negeri, Ahad ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan program diadakan sempena Hari Terbuka Masjid Negeri anjuran bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA serta masjid negeri dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Kucing ini adalah kucing jalanan yang diambil, dirawat dan dijaga dengan baik.

“Kepada peminat kucing, jom beramai-ramai datang ke khemah Kucing Angkat MBSA, pilih kucing comel untuk dibawa pulang,” katanya menerusi Facebook.

Pertanyaan lanjut mengenai program berkenaan, orang ramai boleh hubungi Zue di talian 016-2430888.


Pengarang :