Pengguna Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah, Melaka mengharungi air yang bertakung akibat hujan ketika tinjauan pada 1 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di enam daerah di Selangor, KL hingga 5 petang

SHAH ALAM, 30 OKT: Enam daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur serta beberapa daerah di Perak, Johor, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :