AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Apa rakyat dapat daripada Belanjawan 2024?

SHAH ALAM, 13 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 hari ini untuk membimbing ekonomi ke tahap lebih baik dalam berdepan tantangan global masa kini.

Belanjawan bertemakan Reformasi Ekonomi: Memperkasa Rakyat yang dibentangkan di Dewan Rakyat turut menyokong agenda pembangunan negara dan membela kebajikan rakyat terutama golongan memerlukan.

Sejumlah RM393.8 bilion diperuntuk kali ini, tertinggi pernah dibentangkan. Daripada jumlah itu, RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion (pembangunan) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

Berikut sebahagian manfaat utama yang ditawarkan kepada orang ramai pelbagai golongan:

Reformasi percukaian

  • Kadar cukai perkhidmatan dinaikkan daripada enam kepada lapan peratus, tidak termasuk  makanan dan minuman serta telekomunikasi
  • Pelaksanaan cukai keuntungan modal  bagi pelupusan saham tidaktersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih 10 peratus mulai 1 Mac 2024
  • Bakal perkenal cukai barang bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang bernilai tinggi seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang

Bil elektrik

  • Rebat diteruskan sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar
  • Mengecualikan bayaran deposit akaun bil atas nama sendiri

Selenggara lif dan kuarters penjawat awam

  • RM2.4 bilion untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba

Pembaikan tandas,  jalan raya

  • RM150 juta senggara dan baiki tandas awam di 150 pihak berkuasa tempatan seluruh negara
  • Tindakan 24 jam selepas terima aduan jalan berluang di Jalan Persekutuan

Mangsa sindiket penipuan kerja

  • Tambahan RM10 juta bela nasib mangsa sindiket penipuan kerja dan kes kebajikan lain

Kes muflis

  • Dasar Peluang Kedua diperluas kepada belia bawah 40 tahun dengan hutang tidak lebih RM200,000

Usahawan mikro dan peniaga kecil

  • RM1.4 bilion bawah pinjaman mikro BSN untuk modal niaga, membeli alatan, premis dan pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil
  • RM330 juta bawah Tekun biaya peniaga kecil seperti pengusaha batik dan kraf, usahawan Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak
  • RM720 juta galak wanita dan belia menceburi bidang perniagaan
  • RM100 juta geran pendigitalan untuk manfaat lebih 20,000 usahawan PKS dan pengusaha mikro
  • RM900 juta dana pinjaman bawah BNM tingkat produktiviti niaga melalui automasi dan pendigitalan
  • RM40 juta laksana Program Shop Malaysia Online untuk galak berniaga dari rumah
  • RM25 juta perkasa peranan Pusat Ekonomi Digital di setiap DUN untuk galakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan berniaga dari rumah

Pembangunan bakat tempatan

  • RM100 juta sediakan sijil profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET
  • RM70 juta laksana program kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan
  • RM17 juta laksana Program Tahfiz TVET

Kebajikan peniaga dan penjaja pasar

  • RM110 juta naik taraf pusat penjaja dan prasarana pasar awam uzur di 150 kawasan PBT
  • RM10 juta perindah 10,000 gerai dan warung kecil
  • RM50 juta bina 4,000 unit ruang niaga baharu di seluruh kawasan PBT
  • Pengecualian bayaran sewa kiosk bagi enam bulan pertama untuk rakyat berniaga

Pelabuhan negara

  • RM50 juta geran padanan bersama Lembaga Pelabuhan Klang selenggara Jalan Pelabuhan Klang dan menguatkuasakan had beban lebih muatan ke atas kenderaan berat
  • Merealisasi cadangan pembangunan pelabuhan di Pulau Carey melalui Request for Proposal (RFP) dalam memperkukuh lagi peranan Pelabuhan Klang

Kadar duti hiburan 

  • Pengecualian penuh duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan
  • Pengurangan kepada lima peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator
  • Pengurangan 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara
    hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan

Filem, budaya, bahasa dan sastera

  • RM50 juta kepada agensi berpotensi untuk mengetengahkan karya seni dan sastera, mempergiat persembahan teater warisan serta memupuk minat membaca karya agung dalam kalangan belia
  • RM60 juta bawah Dana Kandungan Digital promosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan
  • RM90 juta bawah inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI) untuk galak penghasilan filem bertaraf
    antarabangsa
  • RM10 juta sediakan Skim Dana Padanan MyCreative sokong anak seni hasilkan projek kreatif

Insentif Pengeluaran Getah (IPG)

  • Paras harga pengaktifan IPG kepada RM3 sekilogram dengan peruntukan RM400 juta

Kenderaan elektrik (EV)

  • Rebat sehingga RM2,400 kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah untuk galak penggunaan motosikal elektrik

Kesiagaan depani bencana

  • Melaksana 33 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi termasuk di Sungai Langat Fasa 2, Selangor
  • RM20 juta ringgit untuk PBT laksana pembaikan parit dan longkang rosak
  • RM563 juta baiki cerun di seluruh negara terutama di kawasan berisiko tinggi
  • Peruntukan Tabung Bantuan Bencana Negara ditingkatkan kepada RM200 juta tahun depan
  • Meningkatkan tahap keselesaan pusat pemindahan bagi menjamin kebajikan mangsa

Pesawah dan nelayan

  • RM2.6 bilion salurkan pelbagai subsidi dan insentif kepada pesawah dan nelayan
  • Harga lantai belian padi ditingkatkan kepada RM1,300 per metrik tan
  • Nelayan terima elaun sara hidup RM300 dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan RM1,000  sebulan
  • RM10 juta bina baharu dan baik pulih rumah nelayan yang uzur
  • RM50 juta bekalkan 50,000 pesawah dengan baja bio dan organik
  • RM50 juta bawah Tabung Bencana Pertanian bagi memberi pampasan sehingga 50 peratus
    daripada nilai kerugian akibat bencana
  • RM50 juta dana permulaan bawah Skim Takaful Tanaman Padi untuk manfaat lebih 240,000 pesawah

Program Payung Rahmah

  • RM200 juta ringgit teruskan pelaksanaan Payung Rahmah
  • Program Jualan Rahmah diperluas ke lebih banyak kawasan DUN seluruh negara
  • Program Pasar Rahmah yang menawarkan insentif kepada 1.2 juta pengusaha pasar borong, pasar malam dan pasar tani diteruskan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

  • Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700
  • Kadar minimum STR untuk belia meningkat daripada RM350 kepada RM500
  • Permohonan baharu STR 2024 dibuka seawal November dan sepanjang tahun
  • Bayaran pertama STR sebelum Ramadan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

  • Meluaskan manfaat kepada 700,000 penerima STR dengan nilai RM100 sebulan bagi tempoh 12 bulan

Pendapatan bermakna

  • RM500 juta tingkat penyertaan rakyat miskin tegar ikuti program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk menambah pendapatan
  • RM35 juta biaya yuran latihan dan insentif gantian pendapatan kepada 9,000 pekerja ekonomi sampingan
  • 50,000 peluang kerja bawah MyFutureJobs secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan
    kerajaan mulai Januari 2024

Penyaluran bantuan tunai

  • Meneruskan tanggungan bayaran lesen motosikal kelas B2, e-panggilan dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu
  • Bekalkan 100,000 topi keledar percuma termasuk untuk kanak-kanak daripada keluarga kurang mampu
  • Bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu

Perlindungan sosial

  • RM100 juta kadar tanggungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
  • Had caruman i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun, terhad RM5,000 seumur hidup
  • Had caruman i-Suri KWSP ditingkatkan kepada RM300 setahun, terhad RM3,000
  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah diteruskan, manfaat lebih 400,000 suri rumah wanita
  • Program i-Sayang KWSP untuk isteri pindah dua peratus caruman syer pekerja kepada suami

Wanita dan kanak-kanak

  • Had pengecualian cukai pendapatan elaun jagaan anak ditingkatkan daripada RM2,400 kepada RM3,000
  • RM20 juta laksana program Pra-Tahfiz Kemas untuk lahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang 2026

Belia

  • Ganjaran RM500 belia yang lakukan aktiviti sukarelawan dengan badan diiktiraf kerajaan
  • RM20 juta untuk Rakan Muda perbanyak pengisian program belia

Pendidikan

  • RM1.9 bilion naik taraf dan selenggara sekolah seluruh negara
  • Bina 26 sekolah baharu dengan kos keseluruhan RM2.5 bilion
  • Pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) ditingkatkan kepada RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum ini
  • Memperluas pemberian bantuan bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga tingkatan tiga berbanding  tingkatan satu sebelum ini

Pendidikan tinggi

  • RM250 juta ganti dan luaskan capaian wifi di semua universiti awam
  • RM300 juta selenggara dan baiki prasarana IPT serta ganti alatan usang
  • Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024
    – Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
    – Diskaun 10 peratus sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
    – Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual
  • Yuran daftar masuk universiti awam tidak melebihi RM1,500 mulai Januari 2024

Kesihatan

  • RM300 juta baik pulih 400 klinik uzur
  • Duti eksais produk tembakau kunyah pada kadar lima peratus ditambah RM27 sekilogram
  • Duti eksais semasa bagi minuman bergula dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen seliter
  • Skim Perubatan Madani diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta dan meneruskan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi

Pembangunan desa

  • RM1.1 bilion laksana penyelesaian isu bekalan air seluruh negara
  • Program Kampung Angkat Madani tumpu lengkapkan kemudahan asas termasuk internet

Jaringan jalan dan pengangkutan awam

  • Meneruskan pas bulanan My50 kepada lebih 180,000 penduduk Lembah Klang
  • Teruskan cadangan pembinaan lima stesen LRT3 iaitu stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik, yang bakal memanfaatkan dua juta penduduk dengan kos RM4.7 bilion

Syiar Islam

  • Sumbangan khas RM700 untuk lebih 70,000 guru takmir, Kafa, imam, bilal, siak, noja dan marbut
  • Kembalikan semula geran bantuan RM20,000 kepada semua sekolah agama rakyat  bawah Jakim

Sukan

  • Pelepasan cukai untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000. Juga akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan

Insentif penjawat awam

  • Bayaran insentif RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak
  • RM1,000 kepada jawatan utama sektor awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan anggota beruniform
  • RM1,000 kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen
  • Bayaran dibuat sekali gus pada akhir Februari 2024

 


Pengarang :