Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersiap untuk ke Parlimen membentang Belanjawan MADANI 2024 pada 13 Oktober 2023. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Belanjawan Madani tingkat tatakelola, angkat darjat rakyat

SHAH ALAM, 14 OKT: Institut Darul Ehsan (IDE) menyifatkan Belanjawan Madani 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu meningkatkan tatakelola dan mengangkat darjat rakyat.

Pengurus Kanan Penyelidikannya Khairul Arifin Mohd Munir berkata dasar pengubahsuaian polisi yang mensasarkan penjimatan dan pengukuhan soal integriti dan tata kelola lebih mantap, baik, telus, efektif, menyeluruh dan berkesan.

“Dalam erti kata lain, pemberian, skim baru dan pengubahsuaian polisi sedia ada dapat memperkasakan rakyat yang menjadi teras kepada Dasar Ekonomi Madani dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12),” katanya dalam kenyataan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 semalam, Perdana Menteri berkata negara memerlukan perkhidmatan awam efisien, cerdas dan tangkas dalam menjayakan agenda pembangunan semula dengan melaksanakan subsidi bersasar serta membasmi rasuah dan penyelewengan.

Beliau juga berkata hasil negara yang bertambah hasil penstrukturan semula ekonomi dan fiskal akan dimanfaatkan untuk mengangkat darjat hidup rakyat dengan penyaluran bantuan tunai selain menyediakan
pendidikan, kesihatan dan infrastruktur asas.


Pengarang :