Pengusaha tanaman, Azimi Omar, 50 mengangkat baja ke atas lori selepas menerima bantuan baja kompos daripada Kerajaan Negeri di Sungai Burong, Tanjong Karang pada 6 Disember 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Dasar pertanian Selangor selari rancangan keterjaminan makanan negara

SHAH ALAM, 14 OKT: Program keterjaminan makanan termasuk memilih negeri ini sebagai projek rintis adalah tepat, selari dengan Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) yang dilancar tahun lalu.

Berikutan itu Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan kementerian bagi penyelarasan program sekali gus menjamin keperluan bekalan makanan rakyat, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata menerusi rancangan terkandung dalam Belanjawan 2024 itu, sektor pertanian dapat dimartabatkan selain mengeluarkan hasil tani berkualiti serta meningkatkan taraf hidup petani.

“Rancangan ini sesuai dengan pelan Kerajaan Negeri. Ia bukan hanya tumpu pada hasil tetapi meliputi keseluruhan ekosistem pertanian.

“Antaranya pembenihan atau pembakaan, penggunaan baja organik yang dapat melestarikan sumber tanah. Ini dapat mengelakkan berlakunya pencemaran air,” katanya ketika dihubungi.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang Belanjawan 2024 memaklumkan peruntukan RM400 juta disedia untuk program jaminan makanan bagi mengurangkan kebergantungan import.

Daripada jumlah itu RM50 juta diguna pakai untuk perolehan baja secara terbuka dan projek rintis dijalankan di Selangor, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang selain RM150 juta untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengoptimumkan penggunaan tanah


Pengarang :