AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Empat LRA terlibat insiden pencemaran bau kembali beroperasi

SHAH ALAM, 10 OKT: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) yang terlibat insiden pencemaran bau di Sungai Selangor kembali beroperasi jam 4 pagi tadi.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Ir Abbas Abdullah berkata Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi mengurangkan dampak insiden pencemaran itu kepada pengguna.

“LRA SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang sudah mula beroperasi, namun masih terdapat gangguan bekalan air dan tekanan air rendah di sebahagian kawasan di wilayah Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal,” katanya menerusi kenyataan.

Perkembangan berkaitan insiden pencemaran itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Berikut senarai kawasan terlibat:

 


Pengarang :