Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Balairaya Taman Cheras Utama, Kajang pada 3 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang beli barang dapur murah di DUN Bukit Melawati, Meru, Banting esok

SHAH ALAM, 10 OKT: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas pada harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tiga lagi lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Program dijadual berlangsung di Jalan Anggerik 1 (Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati), Tapak Letak Kereta di Jalan Sungai Kapar Indah 3 (DUN Meru) dan Balai Raya MPKK Jenjarom (DUN Banting).

Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER di seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau imbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS

 

 

 

 


Pengarang :