Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri meninjau kerja baik pulih jalan raya di kawasan Pelabuhan Klang pada 18 Mei 2020. Foto Facebook Azmizam Zaman Huri
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

RM50 juta senggara Jalan Pelabuhan Klang, kuat kuasa had beban lebih muatan

SHAH ALAM, 13 OKT: Kerajaan menyediakan geranan padanan RM50 juta bagi menyelenggara Jalan Pelabuhan Klang selain bakal menguatkuasakan had beban lebih muatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama dengan Lembaga Pelabuhan Klang bertujuan meningkatkan pembangunan infrastruktur pengangkutan dan logistik yang sesuai dengan tuntutan semasa sekali gus menarik lebih banyak pelabur dan pelancong.

“Ini dapat merancakkan aktiviti perdagangan. Selain itu bagi memantapkan ekosistem dann kecekapan pelabuhan negara, cadangan pembangunan Pelabuhan di Pulau Carey akan direalisasikan melalui Request for Proposal (RFP)dalam memperkukuh lagi peranan Pelabuhan Klang.

“RM20 juta turut disediakan secara geran padanan bersama Lembaga Pelabuhan untuk menaik taraf sistem Malaysia Maritime Single Window (MMSW) bagi menyatukan komuniti perdagangan di pelabuhan melalui portal digital bersepadu bersama pelbagai agensi kerajaan,” katanya ketika membentang Belanjawan 2024.


Pengarang :