Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama sukarelawan selepas sesi Hi-Tea Kursus Kesiagaan Skuad Bencana Team Selangor di Taman Seri Muda, Shah Alam pada 4 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Kerajaan Negeri bersedia di semua peringkat hadapi bencana tidak dijangka

SHAH ALAM, 4 NOV: Tragedi banjir pada 2021 memberi pengajaran kepada Kerajaan Negeri untuk tidak mengambil mudah terhadap setiap kebarangkalian perubahan cuaca.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Selangor membuat persediaan awal di semua peringkat bagi mengurangkan impak kehilangan nyawa dan harta akibat bencana itu.

“Selepas kejadian banjir pada 2021, kita tidak ambil mudah. Ia mungkin boleh berlaku lagi dalam kadar tinggi sebagaimana dulu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika sesi Hi-Tea Kursus Kesiagaan Skuad Bencana Team Selangor di Taman Seri Muda, Shah Alam pada 4 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Justeru kita sudah arahkan persediaan awal di semua peringkat dan lengkapkan semua pihak. Kita dalam suasana perubahan cuaca yang tidak boleh dijangka,” katanya kepada Selangorkini.

Terdahulu beliau menghadiri program minum petang sempena Kursus Kesiagaan Skuad Bencana Team Selangor di Dewan Azalea, Seksyen 25 di sini, hari ini. Hadir sama wakil rakyat Kota Kemuning, S Preakas.

Pada majlis itu, Amirudin turut menyerahkan nombor badan Angkatan Pertahanan Awam (APM) kepada 50 sukarelawan Team Selangor yang tamat kursus bersama pasukan keselamatan itu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cenderhati kepada sukrelawan ketika sesi Hi-Tea Kursus Kesiagaan Skuad Bencana Team Selangor di Taman Seri Muda, Shah Alam pada 4 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Menurutnya, sukarelawan Team Selangor kini memiliki nilai tambah dan boleh menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) peringkat awal bersama anggota keselamatan lain.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata inisiatif tersebut merupakan antara usaha Kerajaan Negeri membuat persediaan awal menghadapi situasi bencana tidak terduga.

“Saya sangat gembira dengan persediaan kita. Kalau dahulu, kita hanya ke negeri lain untuk bantu mereka tetapi selepas 2021, saya percaya seluruh Selangor telah merubah paradigma bahawa kita perlu ada kesiapsiagaan setiap waktu,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) berswafoto bersama sukarelawan selepas sesi Hi-Tea Kursus Kesiagaan Skuad Bencana Team Selangor di Taman Seri Muda, Shah Alam pada 4 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :