Trafik perlahan di kawasan rehat dan rawat Dengkil Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 Disember 2023. Foto Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia
AGENDANASIONAL

Trafik perlahan di lebuh raya utama, LPT sesak hala Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Aliran trafik di lebuh raya utama setakat 5 petang ini perlahan berikutan orang ramai mengambil peluang cuti panjang sempena Krismas untuk berjalan bersama keluarga dan pulang ke kampung, namun tiada kesesakan luar biasa dilaporkan di jalan utama menghala keluar dari ibu negara.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata trafik perlahan berlaku di beberapa lokasi antaranya arah utara dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat.

“Selain itu, aliran trafik juga perlahan arah selatan dari Kuala Kangsar ke Sungai Perak dan dari Senawang ke Port Dickson (U) menghala utara,” katanya.

Kemas kini Plus menerusi laman X rasminya pula memaklumkan trafik perlahan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE) arah selatan dari Putrajaya ke Bandar Gamuda Cove.

Sementara itu, trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) juga dilaporkan sesak dan perlahan menghala Kuala Lumpur dari Kilometter (KM) 20.8 hingga ke Plaza Tol Gombak.

– BERNAMA


Pengarang :