Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat DUN Dusun Tua di Taman Wangsa, Cheras pada 24 Disember 2023. Foto FOTO NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jualan murah negeri, pengunjung ambil peluang beli barangan untuk jamuan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KAJANG,24 DIS: Seorang pengunjung berasal dari Sarikei, Sarawak memanfaatnya program Jualan Ehsan Rakyat (JER) untuk membeli barangan asas murah bagi persediaan membuat jamuan di rumahnya sempena musim cuti.

Dennis Anak John Kalan, 37, berkata dia tidak dapat pulang ke kampung atas tuntutan kerja dan akan menghabiskan masa terluang di rumah sewanya.

Pengunjung, Dennis Anak John Kalan, 37. FOTO NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI

“Saya diberitahu kawan yang jualan murah ini diadakan berdekatan rumah dan ini peluang terbaik untuk berbelanja untuk buat sedikit jamuan esok.

“Isteri yang bekerja di Pahang juga tidak dapat balik, jadi saya membeli keperluan sendiri untuk stok lebih seminggu. Harga barangan yang ditawarkan cukup murah,” katanya ketika ditemui pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Dusun Tua di Taman Wangsa, Cheras hari ini.

Bagi warga emas, Fadzilah Yusuf, 62, dia cukup teruja melihat harga yang ditawarkan.

“Selama ini hanya mendengar sahaja kawan-kawan bercerita namun hari ini baru berkesempatan membeli bahan mentah basah untuk keperluan rumah.

Pengunjung, Fadzilah Yusuf,62. FOTO NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI

“Cukup murah dan saya berharap ia dapat diteruskan memandangkan lebih ramai memerlukan berikitan kos perbelanjaan kini semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Penyelia JER Muhammad Adli Hamdan berkata dalam program itu pihaknya membawa 500 ekor ayam, termasuk 150 ayam potong (campur) seberat 1.5 kilogram selain 300 kampit beras, telur, ikan pelbagai jenis dan 72 botol minyak masak.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Pada 22 September, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat DUN Dusun Tua di Taman Wangsa, Cheras pada 24 Disember 2023. Foto FOTO NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI

Pengarang :