Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning S Preakas meninjau parit di Lot 1325/BB di Jalan Batu Lapan, Taman Sri Muda, Shah Alam yang siap dibersihkan pada 14 Januari 2024. Foto Facebook Preakas Sampunathan
ADNSELANGOR

Kerja naik taraf sistem saliran Taman Sri Muda capai 90 peratus

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 17 JAN: Kerja menaik taraf sistem saliran di Taman Sri Muda yang mencapai kemajuan 90 peratus kini memberi dampak positif dalam pengawalan banjir kilat di kawasan berkenaan.

Wakil rakyat Kota Kemuning S Preakas berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan projek pembinaan longkang baharu dan pembersihan saliran yang dijangka siap sepenuhnya pada 24 Januari.

“Walaupun masih menerima laporan beberapa kawasan dinaiki air atau banjir kilat, usaha perlu dipertingkatkan termasuklah penyelesaian jangka pendek dengan membersihkan kawasan parit di Lot 1325, Jalan Batu Lapan bagi memudahkan aliran air jika berlakunya hujan lebat.

“Saya memohon penduduk sentiasa pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan menjalankan gotong-royong bagi mengelakkan kejadian banjir kilat.,” katanya ketika dihubungi.

Preakas turut mengesa penduduk sekitar untuk sentiasa menjaga kebersihan kawasan kediaman

Pada 11 Disember, Preakas memaklumkan kerja menaik taraf sistem saliran di Taman Sri Muda bernilai RM6.8 juta yang dimulakan sejak Julai 2021 bertujuan mengatasi masalah banjir di kawasan terbabit.

Skop utama projek terbabit melibatkan perlindungan tebing, pemasangan pam skru, pembinaan kuarters serta ‘compact sub’ dan komponen elektrikal.


Pengarang :