Keadaan jalan mendap di Persiaran Ros, Bukit Sentosa pada 12 Januari 2024. Foto Facebook MPHS
PBTSELANGOR

MPHS ambil langkah segera tangani jalan mendap di Bukit Sentosa

SHAH ALAM, 12 JAN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengambil tindakan segera susulan kejadian jalan mendap di Persiaran Ros, Bukit Sentosa, semalam.

MPHS memaklumkan, pihaknya menerima aduan awam dan mendapati separuh jalan telah mendap sekali gus membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Susulan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan menambak tanah yang hilang dan disusuli pembaikan semula jalan yang mendap serta pembinaan dinding penahan baharu.

“Pemeriksaan mendapati kerosakan jalan raya berpunca daripada aliran air bawah tanah yang banyak dan diburukkan lagi dengan hujan lebat.

“Ia menyebabkan runtuhan tebing berlaku selain kerosakan aset utiliti di lokasi terbabit,” katanya menerusi Facebook.

Antara agensi yang terlibat dalam proses baikpulih tersebut adalah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Tenaga Nasional Berhad (TNB), UMW Holdings Bhd dan Gas Malaysia.

 


Pengarang :