Kumpulan ejen pelancongan dari Thailand dibawa melihat helang ketika lawatan Anjung Utara di Pasir Penampang, Kuala Selangor pada 10 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Ejen pelancong luar negara dibawa melawat Selangor, hebah destinasi menarik

SABAK BERNAM, 12 JAN: Langkah mempromosi Selangor menerusi pelbagai program termasuk lawatan ejen pelancongan dari luar negara mampu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.

Pemangku jabatan pembangunan produk dan pakej Tourism Selangor berkata menerusi inisiatif terbabit, lokasi menarik yang ada di negeri ini dapat dihebahkan kepada penduduk luar sekali gus berpotensi untuk dikunjungi.

“Ini merupakan kumpulan pertama dari luar negara yang datang melihat dan merasai pengalaman tempat menarik di sini. Kebanyakan mereka memberi maklum balas positif. Dalam masa sama agensi dapat menambah baik apa yang diperlukan mereka.

“Untuk kumpulan ini, mereka menyukai makanan laut dan teruja dengan masakan disediakan. Mungkin kita akan teliti untuk mempromosikan kedai makanan laut atau hasil laut kering pada masa akan datang,” kata S Renuga Devi kepada SelangorKini.

Kumpulan ejem pelancongan dari Thailand yang datang melawat Anjung Utara dibawa ke Pantai Kuala Selangor lebih dikenali sebagai “Mirror of the Sky” kerana perairan cetek ini seperti cermin di Kuala Selangor pada 11 Januari 2024. Foto Foto Sky Mirror

Sementara itu peserta lawatan, Hong Yan berkata makanan laut yang disediakan di sini lebih segar berbanding kawasan mereka di Betong, Thailand.

“Isi ikan, udang, sotong sangat segar dan manis kerana berhampiran laut. Kawasan kami terkenal dengan gunung gantang jadi sukar untuk dapatkan makanan laut segar.

‘Saya yakin penduduk Betong pasti teruja dengan menu-menu laut ini selain mempunyai pelbagai pilihan. Jenis masakan juga sangat sedap,” katanya.

Bermula kelmarin hingga hari ini, seramai 40 ejen pelancongan negara gajah putih itu menjadi kumpulan pertama dari luar negara mengadakan lawatan ke Anjung Utara dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam.

Antara kawasan dikunjungi Bukit Malawati, galeri padi, Pantai Redang, Sky Mirror dan Pusat Konservasi Kelip-kelip.

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim bersama kumpulan ejen pelancongan dari Thailand yang datang melawat Anjung Utara melihat keunikan dan keindahan kelip kelip pada waktu malam di Pusat Konservasi Kelip-Kelip Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 9 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Melihat keunikan dan keindahan kelip kelip pada waktu malam di Pusat Konservasi Kelip-Kelip Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 9 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim bersama kumpulan ejen pelancongan dari Thailand yang datang melawat Anjung Utara bergambar di Pantai Redang, Sabak Bernam pada 9 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Orang ramai mengunjungi Pantai Redang, Sabak Bernam pada 9 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Kumpulan ejen pelancongan dari Thailand dibawa menaiki tram mengelingi Bukit Malawati ketika lawatan ke Anjung Utara di Bukit Malawati, Kuala Selangor pada 10 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Bukit Malawati ketika lawatan ke Anjung Utara di Bukit Malawati, Kuala Selangor pada 10 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :