EXCO Pertanian Ir Izham Hashim (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi memetik jagung ketika Majlis Penuaian Jagung Bijirin Komersial PKPS di Ladang Kuala Langat Selatan, Kuala Langat pada 21 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Perluas projek tanam jagung bijirin, Selangor sasar kerjasama dengan negeri lain

GOMBAK, 28 JAN: Kerajaan Selangor sedang berbincang dengan negeri lain bagi menjalin usahasama untuk mengusahakan tanaman jagung bijirin berkualiti tinggi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yakin kerjasama berkenaan bakal membuahkan hasil berikutan projek tanaman tersebut tidak melibatkan kos yang tinggi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak: Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 28 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Secara jujurnya kita sedang sasarkan untuk bekerjasama dengan negeri lain atau anak syarikat yang ada tanah. Ini kerana projek tanaman jagung bijirin ini terbatas atas isu tanah.

“Kita hanya ada 300 ekar tanah yang boleh dibangunkan untuk tanaman jagung bijiran tetapi keperluan kita sebenarnya adalah ribuan ekar,” katanya.

Amirudin berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak 2024 dan Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama ikut serta persembahan tarian kebudayaan Orang Asal sempena Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak: Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 28 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau menambah, jika rancangan tanaman jagung bijirin bersama negeri lain berjaya ia akan mengurangkan kos makanan ayam sehingga 20 peratus sekali gus menurunkan harga jualan hasil ternakan.

“Saya yakin kita boleh buat sebab formula sudah ada dan kita sudah ada contoh. Kosnya juga sangat berpatutan kerana kita tidak guna mesin untuk tanam atau tuai,” katanya.

Pada 21 Januari lalu, Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor menuai 118 tan hasil pertama jagung bijirin berkualiti tinggi yang mula ditanam tahun lalu.

Menurut EXCO Pertanian Ir Izham Hashim tuaian pertama itu melibatkan kawasan seluas 16.9 hektar daripada keseluruhan 121 hektar ladang di Kuala Langat Selatan.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi (dua, kiri) melihat jagung yang dituai pada Majlis Penuaian Jagung Bijirin Komersial PKPS di Ladang Kuala Langat Selatan, Kuala Langat pada 21 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :