Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 12 Januari 2024. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Polis tunggu arahan pendakwa kes remaja pukul rakan enggan ponteng sekolah

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Polis selesai menjalankan siasatan kes remaja memukul bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar kerana dikatakan enggan ponteng sekolah.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata kertas siasatan kes itu sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Kertas siasatan dihantar pada Rabu lalu dan kita masih menunggu arahan seterusnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan remaja lelaki berusia 15 tahun memukul rakan sekolahnya berusia 14 tahun dalam kejadian di Jalan Prima Pelangi 7, Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam, di sini pada 5 Januari lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA


Pengarang :