Petugas Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menyusun beras sebelum jualan dimulakan di pekarangan Masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes, Rawang pada 14 Februari 2023. Foto DIANA ABD WAHAB/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan Ehsan Rahmah di Rawang, Tanjung Sepat dan Ijok hari ini

SHAH ALAM, 15 FEB: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di tiga lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan murah barangan asas itu diadakan di Kampung Kenanga (Rawang), Dataran Batu Laut (Tanjung Sepat) dan Surau Nurul Ehsan Batu Tujuh (Ijok).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Program itu dijenamakan sebagai Jualan Prihatin Rakyat pada 28 Februari 2022. Pelaksanaannya dilanjutkan sehingga Julai 2022. Pada 30 Ogos 2022, ia diumumkan pula sebagai Jualan Ehsan Rakyat.

Ia kemudian ditukar kepada Jualan Ehsan Rahmah selepas PKPS bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :