Petugas membuat persiapan menyediakan barangan asas ketika program Jualan Ehsan Rahmah kendalian PKPS di Pangsapuri Seri Perantau, Klang pada 10 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Permatang, Sungai Ramal antara empat lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 26 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, jualan murah diadakan di Masjid Bandar Utama Batang Kali (Kuala Kubu Bharu), Dewan Komuniti Damansara Damai (Bukit Lanjan), pekarangan Pejabat MPKK Bukit Belimbing (Permatang) dan Taman Setia Balakong (Sungai Ramal).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

PKPS juga menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :