BERITA UTAMASELANGOR

Program jualan murah kembali esok di tiga lokasi

SHAH ALAM, 12 FEB: Jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang dihentikan selama tiga hari sempena Tahun Baharu Cina bersambung semula esok.

Menerusi Facebook, PKPS memaklumkan jualan akan diadakan di Surau Mujahirin Jalan Nenas (DUN Meru) dan Dewan Orang Ramai Kampung Orang Asli Bukit Bangkong (DUN Tanjung Sepat).

Program dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup turut berlangsung di gelanggang bola keranjang BRP7 Bukit Rahman Putra (DUN Paya Jaras) mulai 10 pagi.

Jualan Ehsan Rahmah menawarkan pelbagai barangan antaranya ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10 per pek) telur gred B (RM10 sepapan) dan minyak masak lima kilogram (RM25).

PKPS turut bekerjasama dengan Segi Fresh untuk melaksanakan jualan murah di cawangan pasar raya berkenaan di seluruh negeri bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :