Tokong Kuan Yin Klang dimeriahkan dengan persembahan tarian naga ketika masyarakat Tionghoa hadir menyempurnakan upacara keagamaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 11 Februari 2024. Foto Facebook BERNAMA
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Tahun Naga Kayu bawa tuah, lambang kaya dan mulia

SHAH ALAM, 12 FEB: Tahun Baharu Cina ialah perayaan kedua terbesar selepas Hari Raya Aidilfitri di negara ini. Disambut masyarakat berketurunan Tionghoa, warisan kebudayaan ini berasal dari China.

Ia menandakan bermulanya musim bunga mengikut kalendar lunar Cina. Perayaan ini diwakili simbol 12 ekor haiwan mengikut zodiak Cina.

Tahun ini diwakili naga kayu. Seperti simbol haiwan lain, masyarakat Tionghoa mempunyai kepercayaan tertentu mengenai haiwan mitos itu.

Wartawan NAZLI IBRAHIM menyusun maklumat mengenai naga mengikut budaya Cina.

Mitos naga Cina

  • Haiwan mitos kebudayaan Cina
  • Salah satu 12 haiwan zodiak Cina
  • Digambarkan bermisai, berbadan seperti ular dan berjari kuku helang
  • Boleh terbang
  • Dipercayai diam di dasar laut, sungai atau tasik

Simbol naga

  • Tanda tuah, kekayaan, kekuasaan, dan kemuliaan
  • Identiti utama kebudayaan Cina
  • Maharaja China dianggap anak naga
  • Digunakan lambang pemerintahan maharaja China
  • Simbol turut diguna pada tarian, perahu, seni lukisan, opera dan binaan

Jenis naga

  • Terdapat lima jenis mengikut unsur falsafah Cina iaitu naga kayu, naga air, naga emas, naga tanah dan naga api
  • Ada enam warna naga iaitu merah, hitam, putih, biru kehijauan, kuning dan emas

Tahun naga kayu

  • Tuah tahun naga dianggap lebih kuat dengan unsur kayu kerana melambangkan pertumbuhan, kelenturan dan daya hidup tinggi
  • Kali terakhir tahun naga kayu pada 1964 iaitu 60 tahun lalu
  • Selain naga kayu, tahun naga emas disambut pada 1940 dan 2000, naga air (1952, 2012), naga api (1916, 1976) dan naga tanah (1928, 1988)

KELEBIHAN LAHIR Tahun naga

  • Mengikut kepercayaan, tahun naga masa terbaik melahirkan anak
  • Bayi lahir pada tahun naga dipercayai bertuah kerana mewarisi kualiti naga seperti kekuatan, keberanian dan karisma
  • Anak-anak di bawah naungan tahun naga juga diyakini berjaya dan menikmati kehidupan sejahtera

 


Pengarang :