Foto Arkib Selangorkini
AGENDAJENAYAH

Ahli fisioterapi rugi lebih RM234,000, terperdaya pelaburan tidak wujud

KUANTAN, 13 MAC: Ahli fisioterapi di sebuah pusat perubatan swasta di sini kerugian lebih RM234,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial awal tahun ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dalam kenyataan berkata pada 13 Januari lalu, wanita berusia 25 tahun itu melayari laman Facebook dan berminat menyertai pelaburan yang didakwa menguntungkan menerusi aplikasi ‘Bybit’.

Beliau berkata mangsa kemudiannya melakukan 11 transaksi berjumlah RM234,000 ke dalam akaun bank yang diberikan suspek bermula 15 Januari hingga 2 Mac lalu.

“Mangsa menggunakan wang simpanan selain membuat pinjaman daripada kenalannya dan bank untuk melakukan pelaburan itu sebelum menyedari dirinya terperdaya selepas tidak mendapat keuntungan dijanjikan,” katanya.

Beliau berkata mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Pengarang :