Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lazimi surah Ali Imran ayat 8, doa mohon petunjuk, ilham (VIDEO)

SHAH ALAM, 13 MAC: Surah Ali Imran ayat 8 merupakan antara doa yang perlu dilazimi umat Islam khususnya kepada pemimpin, demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Menurut beliau, ayat tersebut boleh dibaca ketika memohon petunjuk dan ilham dalam membuat sebarang keputusan selain kurniaan hidayah daripada Allah.

“Ilham untuk membuat keputusan ini bukan senang. Ia memerlukan satu keteguhan jiwa dan raga untuk ambil tanggungjawab itu terutamanya kepada pemimpin.

“Doa ini mesti dilazimi kerana hidayah dan petunjuk ini berada di mana-mana. Semua orang boleh ambil dan mudah-mudahan ia berada pada jalan yang lurus,” katanya.

Don Daniyal berkata demikian ketika menghuraikan ayat yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid pada program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin turut menitipkan nasihat kepada rakyat Selangor terutamanya seluruh pentadbiran negeri untuk sentiasa mengamalkan surah Ali Imran ayat 8.

“Ingatan kepada saya dan rakan pentadbiran, banyak maklumat dan data namun ia tidak cukup tanpa hidayah dan pertolongan daripada Allah.

“Ingatan ini juga kepada semua. Dalam kita berusaha dan berikhtiar, jangan lupa doa kepada Allah sebagai tanda kita adalah hambaNya,” katanya.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan

 


Pengarang :