AGENSISELANGOR

Kuala Selangor, Gombak antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 19 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabah Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak hingga 9 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir turut melanda Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Perak, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :