Dato’ Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) di Dewan Perdana, Mardhiyyah Hotel pada 9 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Penjawat awam diseru fahami dasar negeri, kerja berpasukan

SHAH ALAM, 10 MAC: Penjawat awam Selangor diingatkan supaya bekerja secara berpasukan bagi memastikan dasar negeri dapat dilaksana sebaiknya.

Dato’ Menteri Besar berkata perkara itu amat penting kerana pelan yang dirangka perlu digerakkan bersama bukannya dilakukan berseorangan demi kepuasan diri semata.

“Insya-Allah, selepas Aidilfitri saya akan turun bertemu sendiri setiap lapisan penjawat awam supaya dasar negeri difahami. Kita tidak mahu tindakan secara berasingan dan mengambil pandangan kelompok atau pasukan.

“Kita juga tidak boleh melulu meluncur keseorangan dan memecahkan segala kerangka yang dibuat bersama demi memenuhi keperluan atau kepuasan diri,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) 2024 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri di Hotel Mardhiyyah & Suites di sini malam tadi.

Amirudin berkata bagi meneruskan momentum kecemerlangan, semangat berpasukan dalam kalangan penjawat awam perlu kekal utuh.

“Sekiranya ada ketua jabatan ada pandangannya sendiri, kita ada ruangan untuk bertemu bukan dengan cara sabotaj atau mendedahkan perkara bukan-bukan kepada pihak tidak berkenaan.

“Hal ini akhirnya akan menyebabkan keseluruhan pelan dirangka gagal yang meninggalkan kesan hari ini atau pada masa depan,” katanya.


Pengarang :