Dato’ Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) di Dewan Perdana, Mardhiyyah Hotel pada 9 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Seramai 149 penjawat awam negeri terima anugerah cemerlang, diingat pertahan integriti

SHAH ALAM, 10 MAC : Seramai 149 penjawat awam di negeri ini menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) manakala 37 pesara menerima Anugerah Jasamu Dikenang (AJD).

Anugerah disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim di Hotel Mardhiyyah & Suites di sini malam tadi.

Terdahulu Amirudin dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada penerima dan berharap anugerah itu memberi motivasi dan pembakar semangat untuk berusaha meningkatkan prestasi pada masa depan.

Tambahnya, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSUK) merupakan tunjang pengurusan dan pentadbiran kerajaan di negeri, maka perlu menunjukkan contoh dan teladan yang terbaik.

“PSUK perlu menjadi contoh kepada jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri yang lain dalam mengekalkan standard pengurusan berkaliber dan tahap profesionalisme supaya kita sentiasa menjadi rujukan di negeri lain serta dihormati.

“Namun, dalam mengejar sasaran, jangan lupakan integriti, kredibiliti dan karisma yang tinggi dalam membawa imej sebagai penjawat awam negeri Selangor.

“Penting untuk kita memastikan bahawa setiap yang dilaksanakan akan memberi impak bukan sahaja kepada organisasi tetapi ia turut menjadi cerminan kepada diri masing-masing,” ujarnya.

Dato’ Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan anugerah kepada penerima sambil diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kassim (kiri) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) di Dewan Perdana, Mardhiyyah Hotel pada 9 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan anugerah kepada penerima sambil diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kassim (kiri) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) di Dewan Perdana, Mardhiyyah Hotel pada 9 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :