Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melakukan gimik perasmian majlis Program MBSA ‘MySave Food’ di Bazar Ramadan Seksyen 19, Shah Alam pada 20 Mac 2024. Hadir sama (dari kiri) Datuk Bandar Shah Alam Ir Cheremi Tarman, EXCO Belia Mohd Najwan Halimi, EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin dan Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MB rasmi program kumpul lebihan makanan bazar Ramadan MBSA

SHAH ALAM, 20 MAC: Dato’ Menteri Besar hari ini melancarkan program MySave Food@Ramadan Bazar anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Bazar Ramadan Seksyen 19 di sini, hari ini.

Ketibaan Dato’ Seri Amirudin Shari disambut EXCO Belia Mohd Najwan Halimi, EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin dan Datuk Bandar Shah Alam Ir Cheremi Tarman.

Dalam majlis tersebut, Amirudin turut menyerahkan makanan dikumpul kepada wakil penduduk Pangsapuri Melewar Seksyen U1, Politeknik Shah Alam, Pangsapuri Ken Rimba Seksyen 16 dan Pangsapuri Nilam Sari.

Sebelum itu, Amirudin meluangkan masa mengedar bubur lambuk dan mangkuk tingkat kepada pengunjung bazar menerusi Kempen Jom Bawa Bekas Makanan ke Bazar Ramadan anjuran MBSA.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengedar bubur lambuk dan mangkuk tingkat kepada pengunjung bazar menerusi Kempen Jom Bawa Bekas Makanan ke Bazar Ramadan ketika merasmikan program MBSA ‘MySave Food’ di Bazar Ramadan Seksyen 19, Shah Alam pada 20 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Program MySave Food@Ramadan Bazar dimulakan MBSA sejak empat tahun lalu dengan mengumpul lebihan makanan tidak habis dijual di bazar Ramadan untuk diagih kepada golongan memerlukan.

Pada tahun ini, program bermula 14 Mac sehingga 3 April setiap Isnin hingga Jumaat membabitkan tiga bazar Ramadan iaitu Stadium Shah Alam Seksyen 13, Seksyen 17 dan Seksyen 19.

Peniaga bazar di lokasi yang terlibat boleh menghantar lebihan makanan yang tidak habis dijual ke khemah MBSA MySave Food.


Pengarang :