Ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) melaungkan Reformasi sempena Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 21 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Ahli KEADILAN kini lebih 1.1 juta, Selangor tertinggi dengan 344,386 anggota

SHAH ALAM, 21 APRIL: Jumlah keahlian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) terus bertambah dengan 1,153,212 anggota setakat 21 Mac 2024.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Selangor menjadi negeri yang memiliki jumlah keanggotaan tertinggi iaitu seramai 344,386.

“Ia diikuti Sabah dengan seramai 185,004, Sarawak (86,315) dan Perak (83,668)

“Yang kelima teratas adalah Kedah iaitu seramai 68,726. Syabas kita ucapkan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 25 tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini, hari ini.

Saifuddin menambah nilai keanggotaan ahli turut bertambah sebanyak 16,529 sejak 23 Jun 2023 hingga 21 Mac 2024.

“Selangor juga merekod nilai pertambahan tertinggi sebanyak 5,770 anggota diikuti Kelantan (2,027), Johor (1,878), Pulau Pinang (1,400) dan Sabah (1,115),” katanya.

Konvensyen berkenaan dijadual berlangsung hingga petang ini dengan acara kemuncak penyampaian Amanat Presiden KEADILAN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarang :