Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kiri) menyaksikan penyerahan cek cura Insentif Haji Muassasah Daerah Hulu Selangor oleh Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI Selangor Ahmad Azri Zainal Nor kepada penerima ketika majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Komuniti Pendidik dan Jemaah Haji Muassasah peringkat Hulu Selangor pada 5 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

222 individu sekitar Hulu Selangor terima Insentif Haji Muassasah RM1,000

HULU SELANGOR, 5 MEI: Seramai 222 bakal jemaah haji sekitar daerah ini menerima Insentif Haji Muassasah bernilai RM1,000 setiap seorang hari ini.

Penyerahan dilakukan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor sempena sambutan Aidilfitri bersama komuniti pendidikan dan jemaah haji di Dewan Dato’ Abdul Hamid di sini.

Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang merasmikan majlis berkenaan berkata pentadbirannya akan terus menyediakan peruntukan tinggi dalam usaha memartabatkan syiar Islam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Komuniti Pendidik dan Jemaah Haji Muassasah peringkat Hulu Selangor pada 5 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sepanjang tahun lalu, beliau menjelaskan hampir RM600 juta disedia untuk melaksanakan program pendidikan agama selain berkait rapat dengan hal ehwal Islam.

“Paling hampir kita juga taja sepenuhnya kos 36 jemaah menunaikan haji dengan anggaran RM30,000 seorang. Ini kali pertama dilaksana.

“Tahun ini sumbangan Insentif Haji Muassasah juga meningkat kepada RM1,000. Maknanya 6,000 jemaah Selangor akan dapat. Sebelum ini kita beri RM300, dua tahun lepas RM500,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (hadapan, tengah) bersama penerima dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Komuniti Pendidik dan Jemaah Haji Muassasah peringkat Hulu Selangor pada 5 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Kelmarin, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri bersetuju meningkatkan Insentif Haji Muassasah tahun ini dari RM500 kepada RM1,000 melibatkan 6,000 bakal jemaah dengan peruntukan RM6 juta.

Bakal jemaah boleh membuat permohonan mulai esok hingga 23 Ogos di pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau pejabat penyelaras DUN masing-masing.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan bengkung kepada pesilat ketika majlis Penyerahan Bengkung dan Sambutan Hari Raya di Gelanggang Pusaka Warisan Batang Kali, Hulu Selangor pada 5 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Terdahulu Amirudin diiringi EXCO Belia Najwan Halimi melawat Gelanggang Pusaka Warisan Batang Kali dan menyerahkan bengkung kepada ahli silat gayung.

Beliau yang diiringi EXCO Belia Najwan Halimi turut beramah mesra dengan guru silat, pesilat dan ibu bapa selain menyertai majlis rumah terbuka di gelanggang berkenaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman bersama pesilat ketika majlis Penyerahan Bengkung dan Sambutan Hari Raya di Gelanggang Pusaka Warisan Batang Kali, Hulu Selangor pada 5 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 


Pengarang :