KUALA LUMPUR, 9 MEI: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan kira-kira 80,000 orang melarikan diri dari Rafah sejak operasi ketenteraan ditingkatkan Isnin lalu.
Dalam satu hantaran di laman X dahulunya Twitter hari ini, UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza.
“Sejak tentera Israel meningkatkan operasinya pada 6 Mei, kira-kira 80,000 orang meninggalkan Rafah mencari tempat selamat.
“Penderitaan dialami keluarga ini tidak tertanggung. Tiada tempat selamat. Kita perlukan gencatan senjata,” katanya.
– BERNAMA