Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Pelancaran Iltizam Selangor ketika Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Aneka bantuan wanita, dari jaga anak hingga pinjaman niaga 

Selangor memang terkenal dengan program kebajikan untuk semua golongan, termasuk wanita. Daripada lebih kurang 50 usaha kebajikan Iltizam Selangor Penyayang (ISP), sebahagian besarnya untuk kaum Hawa.

Setakat tahun lalu, Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) memberi manfaat 21,236 ibu bapa. Mereka menerima bantuan yuran tadika RM50 sebulan bagi anak prasekolah.

Seramai 5,899 mendaftar akaun Sijil Simpanan Premium Nasional (SSPN) Prime bagi anak lahir mulai 2022. Kerajaan Negeri menyumbang RM100 setahun untuk tempoh lima tahun.

Untuk golong kurang upaya, Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS) menyalur bantuan kepada 4,284 keluarga yang mempunyai anak istimewa.

Sementara Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) pula membawa manfaat kepada 3,263 keluarga berpendapatan rendah (B40) membayar yuran taman asuhan kanak-kanak (taska). Mereka menerima bantuan RM100 sebulan untuk anak berusia 4 tahun ke bawah.

Sehingga 2023, Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Kanak-kanak (IMPAK) membantu 352 wanita mendapat kursus mengasuh kanak-kanak di rumah.

Bagi mengurangkan kos perbelanjaan dapur, Kerajaan Negeri menyediakan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Seramai 30,000 keluarga mendapat RM300 setiap bulan untuk keperluan asas.

Senarai bantuan ini hanya sebahagian yang membawa manfaat kepada kaum Hawa. Kerajaan Negeri juga menyediakan pelbagai bantuan untuk anak, pelajar dan belia ke arah kesejahteraan keluarga.

Program di atas antara 47 inisiatif ISP yang disediakan dalam tempoh lima tahun sejak 2018. Untuk lima tahun berikutnya, Kerajaan Negeri menambah lagi program bantuan bagi menyenangkan rakyat.

Selepas pilihan raya negeri Ogos lalu, bantuan MamaKerja disalurkan kepada 5,000 wanita bekerja untuk mengurangkan kos penjagaan anak. Pendek kata, semua golongan memerlukan mendapat bantuan kerajaan.

 

Belia dan pelajar

Program Tuisyen Rakyat Selangor

Membantu 166,853 calon Sijil Pelajaran Malaysia dan murid tahun enam menerusi pembelajaran dalam talian

Iltizam Pendidikan Fardhu Ain

Memanfaat 38,632 murid keluarga B40 di 296 KAFA seluruh Selangor dengan subsidi yuran RM30 sebulan

Iltizam Mahasiswa Selangor

Seramai 18,350 anak Selangor menerima manfaat bantuan RM1,000 di institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi diploma dan sarjana muda

Peduli Siswa

Seramai 3,987 anak Selangor menikmati pembiayaan pendidikan peringkat Sijil/Diploma/Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara

Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Sebanyak 3,981 sekolah di Selangor menerima bantuan kewangan pembangunan dan baik pulih infrastruktur

Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU)

Seramai 3,551 anak Selangor daripada keluarga B40 menerima bantuan yuran asas mahasiswa

Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS)

Seramai 2,244 mendapat latihan kemahiran dan pembangunan usahawan berorentasi kemahiran

Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS)

Seramai 608 pelajar B40 memperoleh pinjaman komputer untuk pembelajaran di rumah

 

Kesihatan

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN)

Seramai 5.24 juta rakyat Selangor berumur antara 30 hari hingga 80 tahun dilindungi insurans kemalangan diri berkumpulan percuma

Iltizam Selangor Sihat

Seramai 1,065,625 orang menerima perkhidmatan rawatan asas dan manfaat insurans

Selangor Mental Sihat (SEHAT)

Saringan awal, talian SEHAT, subsidi rawatan psikiatri, pembangunan modul serta latihan kaunselor memberi manfaat kepada 529,832 orang

Program Saringan Kesihatan Percuma (Selangor Saring)

Program saringan kesihatan (tekanan darah, air kencing, kandungan gula) percuma memanfaat 28,691 orang

Bantuan Sihat Selangor

Bantuan rawatan dialisis, alatan perubatan, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu dan lain-lain memanfaat 11,081 orang

Pemeriksaan kesihatan mata

Seramai 10,464 rakyat mendapat pemeriksaan mata percuma

Ujian Saringan Selangor Kanser (SELCan)

Seramai 9,014 orang menjalani saringan kanser (mammogram, prostat, kolorektal dan pangkal rahim) percuma

Program Anak Selangor Anak Sihat

Seramai 1,825 kanak-kanak umur 5 tahun dan ke bawah yang kurang zat makanan mendapat bantuan nutrisi

Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL)

Seramai 1,651 wanita berumur 50 tahun ke atas menjalani pemeriksaan mammogram, biopsi dan ultrasound percuma

Rawatan tuberculosis

Seramai 2,762 pesakit tuberculosis memperoleh bantuan kewangan untuk rawatan

Skim rawatan jantung

Seramai 1,777 pesakit jantung mendapat bantuan kos rawatan

 

Selangorkini mendapatkan reaksi beberapa penerima bantuan pada 4 Mei di Hulu Selangor:

BINGKAS

Noorzamira Zulkifli, 38

“BINGKAS meringankan beban. Harga susu formula agak mahal, syukur wang itu boleh guna beli susu. Ada kalanya saya beli barang keperluan lain. Saya bersyukur BINGKAS banyak membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan keluarga.”

Noorzamira Zulkifli, 38

Normaliza Osman, 39

“BINGKAS sangat membantu. Jumlah diberi bagi saya cukup, saya syukur sangat dan terima kasih kepada Kerajaan Selangor. Bantuan sehingga RM3,600 setahun ini untuk beli antaranya ayam, beras, telur dan tepung.”

Normaliza Osman, 39

R Mala, 36

“Pendapatan tidak tentu kadang-kadang RM40 sehari atau tiada langsung. Lebih teruk kalau musim hujan kerana tidak boleh menoreh. BINGKAS sangat membantu untuk beli makanan. Sekurang-kurangnya tidaklah berlapar dan masih ada makanan yang dibeli dengan duit ini. Terima kasih Kerajaan Selangor kerana sudi membantu kaum wanita.”

R Mala, 36

M Danalethchumy, 45

“Dengan pendapatan hanya RM1,000 dan perlu bekerja sendiri menyara dua anak masih bersekolah sudah pasti agak terkesan. Saya berharap bantuan ini ditambah sedikit lagi bagi meringankan beban memandangkan kos sara hidup ketika ini tinggi. Orang B40 amat memerlukannya.”

M Danalethchumy, 45

 

MamaKerja

Siti Norasyikin Sahat, 39

“Insentif ini sangat membantu kerana tiga anak bersekolah dan suami pula bekerja sendiri. Oleh itu, pendapatan bulanan tidak cukup kerana keperluan anak-anak bersekolah. Alhamdulillah, dengan bantuan ini dapat selesaikan yuran sekolah anak-anak.”

Siti Norasyikin Sahat, 39

 

Bantuan peniaga – Hijrah

Masni Ishak, 51

“Saya amat terkesan ketika Covid-19 kerana tidak dapat berniaga. Dengan adanya pinjaman ini, perniagaan masih bertahan. Dahulu saya peminjam skim i-Bisnes dan kini skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan. Pembiayaan Hijrah sangat membantu kerana mudah dan proses bayaran balik tidak membebankan.”

Masni Ishak, 51


Pengarang :