Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Tahun Baharu Cina di Kompleks 3k, SS13, Subang Jaya pada 9 Febuari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Anjur jualan murah barangan asas, PKPS buka permohonan dalam talian

SHAH ALAM, 10 MEI: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membuka permohonan penganjuran Jualan Ehsan Rahmah (JER) secara dalam talian.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, pihak yang berminat menganjur jualan murah barangan asas boleh memohon menerusi pautan https://forms.gle/3xE6acRZRv17X2zT6 atau mengimbas kod QR poster di bawah.

Pada 15 Januari, Pengurus Besar Sektor Perniagaan dan Pemasaran PKPS Rosnani Abd Malik berkata permohonan boleh dibuat melalui pelbagai pihak antaranya wakil rakyat, ketua kampung, pihak berkuasa tempatan, ahli majlis atau jabatan kerajaan.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :