AGENDANASIONAL

Besi jatuh lori tertusuk lengan, rusuk tukang rumah memandu dari arah bertentangan

KUANTAN, 9 MEI: orang tukang rumah cedera di bahagian lengan dan rusuk selepas tertusuk batang besi yang terjatuh dari kenderaan lain dan menembusi keretanya ketika memandu di Jalan Pantai Sepat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, Jamaludin Amin, 45, yang memandu kereta jenis Perodua Alza sedang dalam perjalanan dari arah Penor menghala ke Tanjung Lumpur di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebatang besi dipercayai jatuh dari sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Batang besi sepanjang lebih kurang 0.75 meter telah tembus ke dalam kenderaan mangsa melalui cermin besar depan dan terkena lengan serta rusuk kirinya,” katanya dalam kenyataan.

Wan Mohd Zahari berkata mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA


Pengarang :