AGENSISELANGOR

Hulu Selangor antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 9 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 5 petang ini.

Cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selain beberapa kawasan di Kedah,Perak, Terengganu, Pahang Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :