AGENDANASIONAL

KL, Gombak, Sepang antara kawasan diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 6 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor hingga 6 petang.

Cuaca hujan disertai angin kencang juga diramal melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya selain berapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :