Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai pada majlis Jalinan Aidilfitri Warga Felda di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

MB hadir jamuan Aidilfitri bersama warga Felda di Sungai Tengi

HULU SELANGOR, 4 MEI: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa hadir ke majlis Jalinan Aidilfitri bersama warga Felda di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tengi di sini hari ini.

Kehadiran Dato’ Seri Amirudin Shari disambut EXCO Agama Dr Fahmi Ngah dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) menyaksikan serahan sumbangan Insentif Haji Muassasah bernilai RM500 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop (dua, kiri) kepada bakal jemaah haji pada majlis Jalinan Aidilfitri Warga Felda di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Dihadiri ribuan warga Felda, Amirudin turut menyaksikan penyerahan sumbangan Insentif Haji Muassasah bernilai RM500 yang disampaikan Saipolyazan kepada sembilan warga Felda.

Berucap pada majlis berkenaan, Amirudin berkata beliau bersyukur dapat meraikan Aidilfitri bersama warga Felda dan berharap pertemuan itu merapatkan lagi hubungan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis Jalinan Aidilfitri Warga Felda di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Ini adalah rahmat dan menunjukkan perkembangan sihat dalam pentadbiran kerajaan sedia ada.

“Saya berharap dengan adanya permulaan majlis seperti ini dapat meneruskan hubungan akrab demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Orang ramai hadir pada majlis Jalinan Aidilfitri warga felda bersama Dato’ Menteri Besar di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

 

 


Pengarang :