Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao berucap ketika Grand Finale Ceramah Mega Perpaduan PRK Kuala Kubu Baharu di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor pada 9 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Mudahkan urusan penduduk, pusat khidmat diurus pekerja pelbagai bangsa

HULU SELANGOR, 10 MEI: Pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) bakal mengajikan pekerja pelbagai bangsa bagi memudahkan penduduk berurusan.

Calon Kerajaan Perpaduan berkata langkah berkenaan bakal memberi kesan positif terhadap aspek komunikasi sekali gus dapat memastikan kebajikan dan keselesaan masyarakat terjaga.

“Janji saya, jika diberi peluang (menang) pasukan dan kkitangan pejabat saya terdiri dari Cina, India, Melayu dan Orang Asli supaya perkhidmatan dan komunikasi berkesan dengan penduduk.

“Inilah wajah kita sebagai sebuah bangsa dan negara selain semangat perpaduan antara kaum,” kata Pang Sock Tao ketika berucap di Ceramah Mega Perpaduan Grand Finale sempena pilihan raya kecil (PRK) KKB malam tadi.

Orang ramai bersorak mengangkat plakad ketika Grand Finale Ceramah Mega Perpaduan PRK Kuala Kubu Baharu di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor pada 9 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Kerajaan Perpaduan mencalonkan Sock Tao, 31, untuk PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB pada Sabtu ini susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat barah pada 21 Mac.

Beliau berdepan saingan empat penjuru antara calon Perikatan Nasional Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia dan Nyau Ke Xin (Bebas).

DUN tersebut memiliki 40,226 pengundi terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang tidak hadir luar negara.

 


Pengarang :