Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Amanpada 10 Oktober 2023. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Polis cari pemilik Instagram dakwa ada maklumat kes simbah asid

KUALA LUMPUR 8 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh berhubung kenyataannya mengenai kejadian simbah asid pemain skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.

“Kita menyiasat daripada semua sudut bagi menentukan motif yang jelas. Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil bukan mengeluarkan kenyataan sehingga menjejaskan siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, berhubung suspek yang direman semalam, beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

Razarudin turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Terdahulu, seorang pemilik laman sosial Instagram mendakwa dia telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes membabitkan Faisal.

Dia mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut daripada mendedahkan kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan.

-BERNAMA

 


Pengarang :