AGENDANASIONAL

Sepang, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 1 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sepang di Selangor dan Putrajaya hingga 5 petang.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan berserta angin kencang juga dijangka berlaku di seluruh Perak, Johor dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan.

Amaran dikeuarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :