Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) memantau fenomena air pasang besar di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang pada 30 September 2023. Foto Facebook MPK
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Waspada air pasang besar di Pelabuhan Klang, diramal cecah 5.4 meter

SHAH ALAM, 6 MEI: Orang ramai dinasihat waspada dengan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku di Pelabuhan Klang sehingga Jumaat ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor memaklumkan bacaan paras air laut dijangka setinggi 5.3 meter pada hari ini dan Khamis antara jam 4 hingga 7 malam.

Berdasarkan infografik jabatan itu di Facebook, paras air laut di kawasan itu dijangka meningkat setinggi 5.4 meter pada esok dan Rabu.

Pada 10 Mei (Jumaat) pula, bacaan paras air laut diramal setinggi 5.1 meter kira-kira jam 7.29 malam.

Sebelum ini, Pusat Hidrografi Nasional memaklumkan fenomena air pasang besar boleh menyebabkan limpahan air di kawasan daratan dan kemungkinan banjir.

Penduduk berhampiran kawasan persisir pantai disaran lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini dan sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.

 


Pengarang :