SHAH ALAM, 1 DIS: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah berkenan menyertai The Raja Muda Selangor International Regatta (RMSIR) ke-32 Selasa lalu.
Raja Muda Selangor yang mengemudi kapal layar ‘Venture’ memulakan pelayaran dari Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang dan berjaya menjuarai Kelas 3.
Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan pelayaran melibatkan laluan dari Pelabuhan Klang-Pulau Pangkor-Pulau Pinang-Langkawi.
“Kejohanan pelayaran RMSIR adalah hasil cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikenali sebagai seorang pelayar tegar dan mula dianjurkan pada 1990,” katanya.
RMSIR edisi 2022 disertai 24 kapal layar dari 30 negara.