PBTSELANGOR

SAOW di Plaza Shah Alam Sabtu ini

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 23 MEI: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Plaza Shah Alam, Seksyen 9 pada 25 Mei ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu operasi bermula dari jam 11 pagi hingga 3 petang.

Katanya, perkhidmatan SAOW adalah platform disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“SAOW akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, dan sebagainya.

“Melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat,” katanya.


Pengarang :