NASIONAL

Dua cedera, seorang terperangkap dalam runtuhan di LRT Gombak

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 MEI: Dua pekerja pembinaan cedera dan seorang lagi terperangkap apabila bangunan parkir bertingkat yang masih dalam pembinaan di Stesen LRT Putra Terminal Gombak runtuh awal pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan, pusat operasinya menerima panggilan sekitar jam 1.13 pagi dan sepasukan penyelamat dari Wangsa Maju dan Gombak bergegas ke tempat kejadian.

Dua daripada tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan sementara seorang lagi mangsa yang difahamkan warga Indonesia masih dalam runtuhan.

Kerja-kerja mengalihkan runtuhan konkrit sedang dijalankan Pasukan Storm KL dengan kekuatan anggota keseluruhan bomba 40 orang serta dibantu 28 anggota daripada agensi lain.


Pengarang :