Seorang penumpang kereta api memakai topeng muka di Stesen Kereta Api Beijing pada 1 Februari 2020 ekoran penularan wabak koronavirus 2019 di republik itu. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Angka korban koronavirus di China meningkat kepada 304 kes

WUHAN, 2 FEB: Angka korban akibat koronavirus 2019 di China meningkat kepada 304 orang, dengan 45 kematian baharu dilaporkan berlaku di Wilayah Hubei.

Suruhanjaya kesihatan wilayah turut merekodkan peningkatan mendadak kes positif wabak dengan 1,921 jangkitan baharu, lapor Berita Harian.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan penularan virus meningkat kepada 13,700 kes berdasarkan statistik dikeluarkan kerajaan persekutuan republik itu sebelum ini.

Sementara itu di Singapura, kementerian kesihatan negara itu mengesahkan dua lagi kes jangkitan wabak itu.

Menurut kementerian, kedua-dua mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke Wuhan tetapi tidak ada bukti penyebaran virus itu berlaku dalam komuniti negara berkenaan.

Kedua-dua kes itu menjadikan jumlah mangsa jangkitan koronavirus meningkat kepada 18 kes di Singapura setakat ini.

Jumaat lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan koronavirus sebagai kecemasan kesihatan global apabila ia merebak ke banyak negara.


Pengarang :