Anggota RELA memerhatikan orang ramai yang menjalani ujian calitan dalam program Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam pada 25 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sabak Bernam catat sifar kes Covid-19 lima hari berturut

SHAH ALAM, 5 MAC: Sabak Bernam merekodkan sifar kes baharu Covid-19 lima hari berturut-turut sehingga hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daerah itu kini diklasifikasikan zon kuning apabila mengumpul 17 kes sepanjang dua minggu sejak 18 Februari.

“Petaling pula kekal mencatat angka tertinggi dengan 319 kes iaitu majoritinya dikesan hasil saringan kontak rapat diikuti Hulu Langat 144 kes dan Gombak 107 kes.

“Sementara lima lagi daerah merekodkan bawah 100 kes iaitu Kuala Langat 81 kes, Klang (74), Sepang (29), Hulu Selangor (28) dan Kuala Selangor (12),” katanya di Facebook.

Kes Covid-19 di Selangor kekal tiga angka hari ini apabila merekod 794 manakala kes pulih pula mengatasi kes baharu iaitu 866 kes sembuh.

Keseluruhannya, Malaysia merekodkan 2,154 kes menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak 310,097.


Pengarang :