AGENDANASIONAL

Hotel bajet terbakar kali keempat bulan ini

SHAH ALAM, 12 JULAI: Sebuah hotel bajet di tengah bandar raya Alor Setar, Kedah terbakar kali keempat hari ini dalam tempoh kurang dua minggu bermula Julai.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, kebakaran pagi tadi membabitkan sebuah bilik di tingkat atas bangunan dua tingkat itu, lapor Astro Awani.

Jelas penolong pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatnya, tiada pengunjung yang menginap di hotel tersebut ketika kejadian dan api berjaya dipadamkan 10 minit kemudian.

“Struktur yang diperbuat dengan kayu dan papan di tingkat atas yang terdapat lapan bilik di hotel bajet terbabit menyebabkan mudah terbakar.

“Manakala di tingkat bawah diperbuat dengan simen mempunyai lima bilik,” kata Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain menambah punca kejadian masih disiasat.


Pengarang :