Stadium Shah Alam yang menjadi ikon Selangor perlu menjalani proses baik pulih secara menyeluruh. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Isu stadium rosak sejak zaman BN, negeri belanja besar untuk baik pulih

SHAH ALAM, 12 JULAI: Kerajaan Negeri memperuntuk RM5 juta setiap tahun bagi menyelenggara dan membaik pulih kerosakan di Stadium Shah Alam secara berterusan.

Dato’ Menteri Besar berkata kerosakan stadium berkenaan berlarutan sejak pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan memerlukan perbelajaan tinggi untuk dibaiki, lapor Sinar Harian.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan masalah itu juga bukan perkara baharu sebaliknya perlu ditangani secara menyeluruh termasuk cadangan merobohkan stadium.

“(Peruntukan) tidak pernah kurang, tetapi ada beberapa nilai atau bangunan berusia lebih 30 tahun kita kena semak semula.

“Sebab itu kita mesti lakukan semakan yang tepat, baru kita boleh tahu kedudukan bangunan dan masalah bangunan tersebut,” tegasnya.

Ahad lalu, Umno Selangor dilapor mempersoal tindakan Kerajaan Negeri yang bercadang merobohkan Stadium Shah Alam kononnya untuk berjimat sedangkan ia hanya perlu diselenggara berterusan.

Sebelum ini, Amirudin dilaporkan berkata akan menjelaskan secara terperinci cadangan pembangunan terbaharu stadium yang berdepan pelbagai masalah itu tidak lama lagi.


Pengarang :