Kanak-kanak menyertai pertandingan melukis pada Program Jelajah Selangor Penyayang Kuala Selangor pada 3 Julai 2022. Foto Facebook MPKS
PBTSELANGOR

Orang ramai dijemput meriahkan Karnival Kuala Selangor Ogos ini

SHAH ALAM, 21 JULAI: Penduduk Kuala Selangor dipelawa memeriahkan Karnival Kuala Selangor 2022 yang akan berlangsung di tujuh lokasi pada 5 hingga 7 Ogos ini.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan program yang menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik itu sempena setahun pengiktirafannya sebagai majlis perbandaran.

“Pelbagai booth menanti para pengunjung serta jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan bunga api, forum perdana dan persembahan artis tersohor tanah air.

“Pastikan anda hadir untuk bersama-sama merasai kemeriahan Karnival Kuala Selangor 2022,” tulisnya di Facebook.

Lokasi terlibat penganjuran karnival ialah Dataran Malawati, Inap Desa Sungai Sireh, Taman Alam, Pantai Remis, Kompleks Sukan, Santuari Kelip-kelip, Eco World Gallery @ Eco Grandeur dan Dragonfly Park @ Eco Grandeur.


Pengarang :